HeyyHeyy .. ^^, Entry kali ny nakk kongsi dengan follower-2 yang cute-2 aku tentang 10 petanda si dia minat kepada anda . Btw , mase aku tengah belek-2 majalahh lame ny , tetibe terbace pasal bende ny . so , saje nakk share . hee ~ Article ny aku amek dari majalah Cosmopolitan . Oke , balekk pade topik kite , 10 tanda si dia minat kat anda ?? article ny for girl only yup :) nakk tahu ? haa .. bace lah kat bawah ny !
||
||
\/
10 PETANDA SI DIA MINAT KEPADA ANDA !
1) Setiap kali di akhir pertemuan, Si dia pasti menoleh ke belakang melihatmu.
2) Perhatikan gerak matanya, pasti si dia cepat-cepat mengalih pandangan ke tempat lain. Malulah konon !
3) Si dia yang gementar setiap kali berbual pasti akan bercerita mengenai dirinya. Apatah lagi jika kamu bercerita mengenai lelaki lain. Mulalah rasa tercabar !
4) Si dia secara tak sengaja tersentuh tangan atau bahumu apabila menerima berita gembira. Tapi jika lelaki tersebut seorang playboy yang memang suka berpeleseran dengan ramai wanita, janganlah kamu menaruh harapan pula ya !
5) Lihat cara pergaulannya dengan rakan wanita lain dan perbezaan si dia melayan kamu.
6) Si dia yang tak pernah minat membaca tiba-tiba menyuarakan keinginannya untuk meminjam novel chick-it kegemaranmu.
7) Sejak kebelakangan ini, si dia rajin betul menulis nota-nota cinta di facebook, dan kamu seorang saja yang ditaggednya.
8) Kamu baru sahaja pulang menonton wayang bersamanya di waktu petang, tiba jam lapan malam si dia sekali lagi ajakmu keluar.
9) Si dia mengingati setiap perkara yang kamu katakan, termasuklah nama nenek, kampung kamu dilahirkan dan hari jadi ibumu.
10) Si dia sering bercerita tentang masa depan, hiasan dalaman idaman kediamannya atau bidang perniagaan yang bakal diceburi. Mestilah nak yakinkan kamu bahawa dirinya punya masa depan cerah !


No comments:
Post a Comment